Tuesday 6 November 2012

Sekapur Sireh Dari Pengerusi

SEPATAH KATA PENGERUSI LEMBAGA KOPERASI
Assalamualaikum...
Salam 1Malaysia. Saya berharap dengan penubuhan Koperasi Kariah Masjid As Solehin Kubang Bemban Besut Berhad atau ringkasnya KOMASS sedikit sebanyak akan memberi menafaat kepada penduduk kampung ini khususnya.
Sekiranya setiap keluarga menjadi anggota, Insya-Allah KOMASS akan memberi menafaat yang lebih besar lagi. Dalam abad ke 21 ini, khas di negara kita merupakan abad di mana Koperasi dilihat akan mengambil tempat yang penting khasnya dalam memacu ekonomi setempat. Banyak program kerajaan pada masa ini sedang menjuruskan kepada sokongan memperkasa koperasi sama ada yang telah wujud atau akan ditubuhkan.
Kerajaan melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysa (SKM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mewujudkan satu inisiatif khas kepada penubuhan Koperasi Kariah Masjid.
Penubuhan KOMASS adalah yang terawal di Daerah Besut dan diharapkan Koperasi ini akan dapat menerokai bidang-bidang berbentuk ekonomi selain melaksanakan tanggungjawab sosialnya dengan program kebajikan kepada anggotanya.
Saya mengambil kesempatan disini menyeru kepada ahli kariah Masjid Kg. Kubang Bemban (As Solehin) ramai-ramai menjadi ahli tanpa sebarang prejudis. Insya-Allah, lembaga koperasi akan berusaha memikul tanggungjawab sebaiknya.


ANUAR BIN MAHMUD
6 November 2012 | 21 Zulhijjah 1433