Tuesday 6 November 2012

Sekapur Sireh Dari Pengerusi

SEPATAH KATA PENGERUSI LEMBAGA KOPERASI
Assalamualaikum...
Salam 1Malaysia. Saya berharap dengan penubuhan Koperasi Kariah Masjid As Solehin Kubang Bemban Besut Berhad atau ringkasnya KOMASS sedikit sebanyak akan memberi menafaat kepada penduduk kampung ini khususnya.
Sekiranya setiap keluarga menjadi anggota, Insya-Allah KOMASS akan memberi menafaat yang lebih besar lagi. Dalam abad ke 21 ini, khas di negara kita merupakan abad di mana Koperasi dilihat akan mengambil tempat yang penting khasnya dalam memacu ekonomi setempat. Banyak program kerajaan pada masa ini sedang menjuruskan kepada sokongan memperkasa koperasi sama ada yang telah wujud atau akan ditubuhkan.
Kerajaan melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysa (SKM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mewujudkan satu inisiatif khas kepada penubuhan Koperasi Kariah Masjid.
Penubuhan KOMASS adalah yang terawal di Daerah Besut dan diharapkan Koperasi ini akan dapat menerokai bidang-bidang berbentuk ekonomi selain melaksanakan tanggungjawab sosialnya dengan program kebajikan kepada anggotanya.
Saya mengambil kesempatan disini menyeru kepada ahli kariah Masjid Kg. Kubang Bemban (As Solehin) ramai-ramai menjadi ahli tanpa sebarang prejudis. Insya-Allah, lembaga koperasi akan berusaha memikul tanggungjawab sebaiknya.


ANUAR BIN MAHMUD
6 November 2012 | 21 Zulhijjah 1433

Monday 22 October 2012

Keterangan Ringkasan Nama, Logo dan Warna


KOPERASI KARIAH MASJID AS SOLEHIN KUBANG BEMBAN BESUT BERHAD
Ringkasan Nama Koperasi
KOPERASI KARIAH MASJID AS SOLEHIN KUBANG BEMBAN BESUT BERHAD atau KOMASS
Pengertian Rekabentuk Logo
Logo ini direkabentuk yang mengambarkan penyatuan anggota koperasi dengan grafik berbentuk ‘Kubah Masjid’ yang melambangkan koperasi ini dianggotai oleh Kariah Masjid As Solehin Kampung Kubang Bemban dengan di tengahnya bentuk geomatrik huruf Jawi iaitu Kaf’   ( ك ) sebagai abjad pertama perkataan Koperasi dalam huruf Jawi.
Grafik Kubah pula diletakkan di atas hamparan berbentuk segi empat menghala Kiblat.
Pengertian Warna-warna
Warna Biru
memberi maksud Kesepakatan, Kerjasama dan Penyatuan di kalangan anggota koperasi.
Warna Kuning
memberi maksud Kedaulatan dan Hak-hak anggota.
Warna Merah
Membawa maksud Ketegasan dan Keberanian menghadapi dan menyahut cabaran serta misi dan visi koperasi.

Mesyuarat Lembaga Pertama 2012

Mesyuarat Ahli Lembaga Pertama selepas Pendaftaran Koperasi Kariah Masjid As Solehin Kubang Bemban Besut Berhad (KOMASS):

Pada: 4 November 2012 (Ahad) | Jam 9.00 Malam | di Bilik Mesyuarat, Balairaya Kg. Kubang Bemban, Jertih.

Kepada semua Ahli Lembaga Koperasi dijemput hadir.

Daripada,

Haji Wan Aziz Wan Idris
Setiausaha

Saturday 20 October 2012

Ahli Lembaga Koperasi


PENGERUSI:
ENCIK Anuar bin Mahmud
SETIAUSAHA:
HAJI Wan Aziz bin Wan Idris
BENDAHARI:
HAJI Zainal Abidin b. Ali Kamaruddin
AHLI LEMBAGA:
ENCIK Zakaria bin Jusoh
HAJI Wan Nawawi bin Othman
ENCIK Nik Kamaruddin bin Nik Husin
PUAN Zainon binti Muda
PUAN Patmah binti A. Rahman
ENCIK Wan Mazlan bin Wan Ismail

Mesyuarat Penubuhan Koperasi Kariah Masjid As Solehin Kubang Bemban

Keratan Akhbar Sinar Harian pada mengenai penyampaian input pertanian oleh Jabatan Pertanian Besut sempena Mesyuarat Agung Penubuhan Koperasi Kariah Masjid As Solehin Kubang Bemban Besut Berhad pada 19 Julai 2012 di Balairaya Kubang Bemban.
- Wan Aziz Wan Idris